Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 25 Oktober 2017

Gambar Bogel Sebagai Cagaran Untuk Buat Pinjaman Peribadi

  fezlan        Rabu, 25 Oktober 2017   
Gambar Bogel  Sebagai Cagaran Meminjam Wang
BEIJING: Peminjam wang haram yang beroperasi menerusi laman web di China muncul dengan idea baru pemerasan untuk mendapatkan semula wang mereka dengan meminta peminjam wanita memberikan gambar bogel sebagai cagaran.

Golongan itu dilaporkan meminta gambar kad pengenalan peminjam wanita yang masih belajar selain gambar bogel, yang diugut akan disebarkan jika mangsa gagal membayar pinjaman faedah tinggi itu.


Selain gambar, lintah darat juga mahukan maklumat peribadi seperti nombor telefon, nama ibu bapa, nombor telefon rakan sebilik dan maklumat pendaftaran sekolah, yang juga diugut akan disebarkan.

Salah seorang wanita yang menjadi mangsa skim itu bercakap kepada akhbar Southern Metropolis Daily dan menjelaskan beliau bukan satu-satunya mangsa tetapi yang lain takut untuk bersuara kerana bimbang dimalukan.


Pelajar kolej itu menjelaskan pada awalnya beliau cuma meminjam 500 yuan (RM310) daripada peminjam wang dengan kadar faedah minggu mencecah 30 peratus.

Tidak mampu membayar faedah, beliau membuat pinjaman sekali lagi untuk melangsaikan hutang sebelumnya, dan hutangnya kini meningkat kepada 55,000 yuan (RM34,126).

Akhirnya, lintah darat memberitahu beliau perlu memberikan gambar bogelnya sebagai cagaran.
Wanita berkenaan memberitahu akhbar berkenaan beliau mahu membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Bagi menyiasat dakwaan wanita berkenaan, wartawan akhbar menyertai perbualan online dengan peminjam wang dan menyamar sebagai pelanggan yang memerlukan pinjaman.

Mereka segera mendapat bukti yang menyokong cerita mangsa.

Selepas menerbitkan laporan, akhbar berkenaan mengeluarkan berita susulan menyatakan lintah darat sudah menghentikan amalan itu. – Agensi

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Gambar Bogel Sebagai Cagaran Untuk Buat Pinjaman Peribadi

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: