Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 25 Oktober 2017

Gambar Bogel Tersebar, Punca Gantung Diri Tak Tahan Trauma

  fezlan        Rabu, 25 Oktober 2017   
A Vinupriya
Gambar Bogel Tersebar, Punca Gantung Diri Tak Tahan Trauma | NEW DELHI: Seorang wanita berusia 21 tahun dari negeri Tamil Nadu membunuh diri selepas seseorang yang tidak dikenali mengubah suai gambarnya, menunjukkan beliau berpakaian tidak senonoh dan menyiarkannya dalam laman sosial Facebook.

Mangsa, A Vinupriya, tidak dapat menanggung trauma dan menggantung diri.

Menurut Superintenden Polis, nota bunuh diri ditemui dalam bilik mangsa yang menyatakan beliau tidak dapat menangani keadaan sukar itu, terutama selepas ibu bapanya mengesyaki beliau memuat naikkan gambar itu dalam Facebook.

Bapa Vinupriya membuat aduan kepada polis dan menggesa mereka mengambil tindakan terhadap individu terbabit apabila gambar pertama mangsa yang diubah suai dimuat naik.

Bagaimanapun, polis lambat bertindak dan orang tidak dikenali sudah pun memuat naikkan gambar Vinupriya yang diubah suai menjadi separuh bogel.

Tidak dapat menanggung penderaan mental dan stigma sosial, mangsa membunuh diri. – AGENSI
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Gambar Bogel Tersebar, Punca Gantung Diri Tak Tahan Trauma

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: