Fezlan Blogger


Back to Top

Isnin, 26 September 2016

Mahukah Kamu malam Ini Kamu Bertindak Seperti Isteri Saya?”

  fezlan        Isnin, 26 September 2016   
```Ema Bukan nama sebenar. Ema, 25 tahun bekerja dengan satu syarikat konsultan yang tidak terlalu besar dan jawatan sebagai assistant, salah seorang rakan sepejabat di konsultan tersebut namanya Andy.


Ema sangat mengkagumi dan meminati profil serta karakter Andy. Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya.

Otak yang cemerlang, sikap yang profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi and ‘nice looking’ serta usia baru 34 tahun (waktu itu).Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki, bentuk tubuh yang sempurna, paras rupa yang cantik, fikiran yang matang serta bijak, berpewatakan ceria dan suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mula meminati Andy lebih dari ‘team partner’ dan Ema membiarkan sahaja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan.
Semakin hari dia semakin jatuh hati kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal peribadi mencampuri urusan pejabat membuatkan Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuatkan mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara.

Disinilah bermula ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk perjalanan darat di sekitar B’worth, Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien syarikat mereka.Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam itu mereka menginap di sebuah hotel kecil.Sebenarnya Andy ingin memesan dua bilik tetapi hanya ada satu bilik sahaja yang kosong, maka dia meminta pendapat Ema terlebih dahulu.Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sebilik dengan Andy (sebenarnya Ema agak “suka” dengan kondisi darurat tersebut)!  Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela Hotel.

Masalahnya, bilik tersebut hanya memiliki satu katil berukuran panjang dan tidak memiliki kerusi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di atas lantai.Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahawa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan kepadanya.Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang (sekatil) dengan lelaki sopan yang sangat di’admire’kannya.

Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya agak kecil.Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema terasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy: “Abang Andy, Ema kesejukan ni. Boleh tak minta tolong tutupkan tingkap?” Andy tidak menjawab dan Ema berfikir yang Andy sudah tertidur dan dia berkata lagi: “Abg Andy…”

Kali ini Andy terus menjawab: “Ema, kamu kesejukan ya?
Mahukah kamu malam ini kamu bertindak seperti isteri saya?”

 Jantung Ema terasa seperti berhenti berdegup.
Jantungnya terus gemuruh mendengar pertanyaan Andy itu.
Dengan hati-hati dia bertanya: “Maksud abg Andy?”

Jawab Andy: “Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!” dan terus kembali tidur. ```
Oleh yang demikian , sepatutnya ema mengelakkan diri dari bersetuju untuk tidur bersama tambahan lagi mereka tiada ikatan yang sah.Walaupun penat tapi syaitan tetap ada.mengelak lebih baik .Bak pepatah "malang tidak berbau".
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Mahukah Kamu malam Ini Kamu Bertindak Seperti Isteri Saya?”

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: