Fezlan Blogger


Back to Top

Sabtu, 24 September 2016

KSR MKAKK Menyerbu Beringgis Beach Resort

  fezlan        Sabtu, 24 September 2016   
 Kaunter Pendaftaran

Kelab Sukan Dan Reakreasi Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (KSR MKAKK) telah mengadakan hari keluarga untuk ahli-ahlinya dan keluarga (Family Day)



Ahli Kumpulan 1 Bagi Tarik Tali
Bagi menghargai Ahli KSR MKAKK ,En.Joel Judson selaku Pengerusi Kelab  telah membuat satu kejutan besar bagi ahli-ahlinya dengan mengadakan satu majlis perjumpaan bagi semua ahli termasuk keluarga.Majlis ini bertujuan menghargai ahli kelab dan kelurga yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan yang tidak belah bagi . Perpaduan dan Ukhwah serta mengeratkan silaturahim dapat dicapai melalui perjumpaan ini.
>
kumpulan 2
Perangcangan Pengerusi Kelab berjalan dengan lancar di Beringgis Beach Resort & Spa Kinarut,Sabah pada hari ini.Terpancar riak wajah kegembiraan yang menyinari suasana majlis itu.Bagi isteri dan suami ahli kelab  mengambil peluang ini untuk berkenalan satu sama yang lain.Manakala anak-anak mereka pun tidak melepaskan peluang yang ada.
Banyak aktiviti yang lakukan bagi ahli dan keluarga antaranya Berlari Dalam Guni,Selipar Gergasi,Bowling Kelapa,Tarik Tali ,Larian Gorila dan Baling Belon Air .Permainan ini di pertandingan supaya  memainkan peranan penting bagi memupupuk semanggat kerja berpasukan , tolenransi , kegigih  serta sentiasa kecekalan dalam kumpulan.Manakala bagi anak-anak ahli juga diberi peluang untuk ikut serta dalam mencari gula-gula dalam tepung.
Selipar Gergasi
Aktiviti ini juga mengimbas kembali zaman kanak-kanak mereka.Permaian ini  jarang  dipermainkan pada alaf  sekarang.kanak-kanak sekarang lebih suka bermain video game dan  menonton tv.


Belari Dalam Guni
Suasana majlis lebih menarik dengan kehadiran Dr Tajul Ariffin sekeluarga selaku Penasihat KSR MKAKK.Beliau dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk ikut dalam aktiviti yang dipertandingkan. Kehadiran Dr tajul tidak sia-sia sama sekali apabila kumpulan yang beliau sertai telah diumumkan secara rasmi sebagai Johan Keseluruhan.kemenangan membuktikan beliau seorang Ketua yang berwibwa serta tahu mengatur langkah agar kumpulan beliau berjaya.

Bowling Kelapa
Senamrobik
Sebelum majlis bersurai Pengerusi Kelab,berterima kasih kepada ahlinya yang hadir bagi meriahkan majlis itu.Tidak dilupakan urusetia yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.Tanpa mereka majlis ini tidak dapat dilaksanakan. 




"Syabas dan tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Hari Keluarga  MKAKK  pada kali ini. Kudos to the President of the club, Joel. Diharapkan hari Keluarga  ini menjadi acara tahunan kelab. Syabas  sekali  lagi" - Dr Tajul Ariffin
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading KSR MKAKK Menyerbu Beringgis Beach Resort

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: