Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 27 Oktober 2017

Polis Klang Selatan Lancar Operasi Tutup 150 Premis Judi

  Unknown        Jumaat, 27 Oktober 2017   
Polis Klang Selatan Lancar Operasi Tutup 150 Premis Judi

KLANG – Polis mengenal pasti kira-kira 150 premis di daerah Klang Selatan yang disyaki telah diubah suai menjadi premis judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, kebanyakan premis berkenaan didapati mula beroperasi sejak awal tahun ini dan sebahagian besarnya terletak di Taman Sentosa, Bandar Parklane dan Bandar Botanik.

“Sehubungan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini melancarkan operasi bersepadu bersama-sama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Daerah Klang untuk membasmi premis judi ini dan pastikan ia tidak beroperasi semula selepas ditutup,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas operasi dijalankan di Taman Sentosa, dengan pihak TNB bertindak memotong bekalan elektrik dua premis judi.

Shamsul Amar berkata pihaknya membahagikan operasi bersepadu itu kepada empat fasa yang dijangka tamat pada minggu hadapan dengan setiap fasa menyasarkan 40 premis judi.

“Saya yakin selepas empat fasa ini semua premis judi haram di daerah Klang Selatan akan ditutup,” katanya. – BERNAMA


logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Polis Klang Selatan Lancar Operasi Tutup 150 Premis Judi

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: