Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 20 September 2017

Rasuah: Penjawat Awam Kena Penjara 9 Bulan, Denda RM150,000

  fezlan        Rabu, 20 September 2017   

 
http://fezlan.blogspot.com/2017/09/rasuah-penjawat-awam-kena-penjara-9.html

Rasuah: Penjawat Awam Kena Penjara 9 Bulan, Denda RM150,000 |

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan dan denda RM150,000 terhadap Pegawai Hutan Daerah Jerantut, Zainal Abidin Maskon, 33, kerana menerima suapan dengan nilai keseluruhan RM340,000 dari sebuah syarikat pembalakan.

Zainal Abidin mengaku bersalah atas lima pertuduhan pilihan di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusuf selepas semua pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Bapa kepada tiga orang anak itu didakwa kerana telah menerima untuk diri sendiri satu benda yang berharga tanpa satu balasan iaitu wang berjumlah RM340,000 yang diambil secara berasingan bermula 1 Januari 2016 hingga 21 Jun 2017.

Tertuduh menerima wang berkenaan daripada Pengurus Syarikat P&K Trading, Yiang Kwai Seng yang juga mempunyai hubungan dalam dalam urusan rasmi melibatkan hal ehwal kelulusan permohonan lesen mengambil hasil hutan bagi kawasan pembalakan Hutan Simpan Tekam dan Tekai, Mukim Tembeling, Jerantut.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Mohammad Fazli Mohd. Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ng See Teong. – UTUSAN ONLINE
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Rasuah: Penjawat Awam Kena Penjara 9 Bulan, Denda RM150,000

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: