Fezlan Blogger


Back to Top

Isnin, 18 September 2017

Pawang Buaya Maut Dibaham Buaya

  fezlan        Isnin, 18 September 2017   
Pawang Buaya

Pawang Buaya Maut Dibaham Buaya |SAMARINDA (Indonesia) – Seorang lelaki yang mengaku pawang buaya maut dibaham buaya kelmarin ketika melakukan satu upacara untuk menangkap reptilia ganas berkenaan.

Suprianto, 38, maut akibat dibaham buaya ketika berenang di sebatang sungai di Muara Jawa daerah Kutai Kartanegara, Kalimantan timur.

Lelaki itu dilaporkan sedang melakukan upacara untuk menangkap seekor buaya yang membaham seorang remaja, Arjuna, 16, pada Jumaat lalu.

Akhbar Kaltim Post melaporkan, Suprianto yang mengaku pawang buaya menawarkan diri untuk menangkap buaya yang membunuh remaja itu.

Selepas melakukan upacara, Suprianto turun ke dalam sungai di lokasi Arjuna diserang dan menyelam sebelum timbul semula.


Ketika Suprianto berenang untuk ke lokasi lain, secara tiba-tiba lelaki itu tenggelam dipercayai disambar buaya yang mengheretnya ke dasar sungai.

Kejadian itu disaksikan puluhan penduduk dan video Suprianto turut tular di media sosial di Indonesia.


Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu mayat kedua-dua mangsa masih belum ditemui. – Agensi/myMetro Online


logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Pawang Buaya Maut Dibaham Buaya

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: