Cara Delete |
Boleh ‘Delete’ Mesej WhatsApp Jika Tersalah Hantar Dengan Cara Ini….
Terlepas atau tersalah hantar mesej Whatsapp kepada seseorang?Alamak, apa nak buat ini!? Memalukan kalau tersalah hantar mesej cinta kepada ibu ayah sendiri pula.
Atau pun hantar gambar selfie di group sekolah anak-anak. Siapa nak jawab tu?
Namun, jangan risau anda boleh menarik nafas lega kerana tidak lama lagi Whatsapp bakal hadir dengan fungsi terbaharu iaitu Delete For Everyone!
Seperti yang dipetik dari WABetaInfo, Whatsapp kini sedang menguji fungsi terbaharu iaitu memadam mesej yang telah dihantar.
Nampaknya mereka sudah berjaya mencipta solusi kepada puluhan ribu mesej yang sering kali tersalah hantar dan bakal dinikmati oleh kedua-dua pengguna Ios dan Android.
Memetik Daily Mail, fungsi Delete For Everyone itu meliputi pelbagai jenis mesej termasuklah teks, gambar, video, GIF, dokumen dan juga status.
Syaratnya, pengguna haruslah memadam mesej tersebut dalam masa lima minit. Sekiranya sudah melepasi 5 minit, mesej tersebut tidak boleh dipadam lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan