Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 20 September 2017

Edar Ganja : Polis Cekup 2 Pelajar IPTS

  fezlan        Rabu, 20 September 2017   

Edar Ganja : Polis Cekup 2 Pelajar IPTS  Polis telah menahan dua pelajar warga tempatan yang dipercayai menjadi pengedar dadah jenis ganja dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Cyberjaya, Selangor Isnin lalu.

Suspek pertama yang berusia 21 tahun telah ditahan pada pukul 5.10 petang dan hasil pemeriksaan terhadapnya menemui dua paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat kira-kira tujuh gram.

Penahanan suspek itu telah membawa kepada penahanan seorang lagi suspek berusia 18 tahun di sebuah bilik asrama IPTS sekitar Cyberjaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Baharuddin Mat Taib berkata, suspek telah menyerahkan satu bekas tin mengandungi 45 paket plastik berisi ketulan disyaki ganja seberat kira-kira 210 gram.

“Pihak polis percaya kedua-dua suspek telah menjalankan aktiviti mengedar dadah di kampus IPTS selama kira-kira tujuh hingga lapan bulan. Hasil soal siat suspek didapati memperoleh bekalan dadah tersebut dari sekitar Kuala Lumpur.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua suspek juga positif dadah jenis ganja. Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 25 September depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baharuddin berkata, ganja tersebut dijual kepada pelajar kampus dengan harga RM50 bagi setiap paket plastik lutsinar. – UTUSAN ONLINE
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Edar Ganja : Polis Cekup 2 Pelajar IPTS

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: