|
Di
Medan, Indonesia, seorang lelaki dikejarkan ke hospital apabila kemaluannya
disapu dengan Balm oleh isterinya.
Menurut
laporan Mynewshub, lelaki yang dikenali sebagai Daud itu memberitahu isterinya
yang tidak pernah puas di ranjang menyebabkan dirinya diperlakukan sebegitu.
Pasangan
yang baru berkahwin selama setahun ini mengalami masalah apabila Daud disahkan
mati pucuk. Hal ini menyebabkan isterinya itu kecewa.
Berang
kerana kepuasannya tidak dipenuhi, si isteri bertindak menyapukan Balm atau minyak panas pada bahagian sulit suaminya ketika Daud sedang tidur.
Menurut
lelaki berusia 35 tahun itu, dia sudah berusaha untuk menyembuhkan penyakit
yang dialaminya sejak lima bulan lalu tetapi menemui jalan buntu.
Si
isteri pula mahu mengugut cerai kerana kepuasannya tidak dipenuhi. Lebih
mengejutkan si isteri pernah memukul suaminya dengan batang penyapu dan
menyebabkan kepala Daud cedera.
Suspek
kini sudah ditahan reman oleh pihak polis Medan Tembung. Menurut suspek,
perkahwinan mereka dirancang oleh kedua-dua orang tuanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan