Kelebihan membaca surah Yassin setiap hari ni sukar dijelaskan pada orang lain. Bila kita sendiri amalkan bacaan ni setiap hari barulah kita akan merasa dengan sendirinya apa kelebihan yang kita dapat.
Setiap orang mungkin berbeza tapi inilah yang dilalui oleh kebanyakkan orang yang mengamalkan surah ini. Misalnya jika berniat untuk diketemukan dengan jodoh, tetapkan dalam hati dan amalkan bacaan Surah Yassin ini sehingga surah ini sebati dalam diri.
Jangan ditanya berapa lama kita perlu mengamalkannya. Amalkan sahaja setiap hari sehingga tanpa melihat ayat-ayat ini di depan matapun, kita sudah mampu menyambungkan kalimah Allah ini dengan sendirinya.
Jika kita berusaha lama kelamaan Allah pasti akan tunjukkan jalannya. Begitu juga dalam rumah tangga kita. Tiada gunakan jika kita mengadu domba di media sosial sehingga mengundang rasa ingin tahu pada orang lain. Ambil Quran atau Surah Yassin dan bacanya dengan sepenuh hati. Pasti hati lebih rasa tenang!
Sebenarnya banyak kelebihan Surah Yassin yang anda perlu tahu. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.”
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .
5. Jika terpenjara akan dibebaskan .
6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya .
9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan