Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 31 Ogos 2017

Takrif Halal Mengikut Undang-undang Malaysia

  fezlan        Khamis, 31 Ogos 2017   
Perkataan atau kalimah Halal, bukan lagi satu perkataan taboo, tetapi telah digunapakai dengan meluas di Malaysia, tanpa mengira agama dan budaya. Malah, dalam budaya dan agama selain Islam sendiri ada wujudnya perkataan ini sekarang (dulu tidak). Dan sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan halal adalah terkandung di dalam undang-undang Malaysia. Seandaianya ia tidak menepati takrifan itu, ia dianggap tidak halal bagi umat Islam di Malaysia. 
Apa maksud halal? Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.-Halal Gov

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Takrif Halal Mengikut Undang-undang Malaysia

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: