Terpacak Sebatang Pelepah Kelapa Pada Bahagian kemaluan |
KEJAM!
Tidak mampu untuk berkata apa-apa apabila melihat keadaan memilukan yang
menimpa nasib seorang gadis malang Indonesia ini, Stevi Kogo.
Remaja wanita ini telah ditemui maut
akibat dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam dan kekerasan seksual oleh
sekumpulan lelaki pada Isnin lalu, menurut media setempat.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku
di Kampung Pisang Gorong-gorong, Kabupaten Mimika, Wilayah Papua. Mayat mangsa
ditemui oleh pemilik kebun kelapa di kawasan kejadian.
Apa yang lebih menyayatkan hati
tentang gadis ini adalah keadaan mayat itu yang dilihat terpacak sebatangpelepah kelapa pada bahagian kemaluan mangsa tersebut.
Memang ngeri kan? Sudahlah dia
menjadi mangsa rogol sadis, kawasan kemaluan kena sumbat dengan pelepah pula
tu! Mana hati perut sebagai manusia?
Jurucakap polis, AKP Dionisius VD
Paron Helan telah mengesahkan kejadian ini dan setakat ini 7 orang lelaki telah
diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Berdasarkan keterangan daripada
salah seorang sahabat mangsa, Stevi dikatakan mengikuti satu pesta sukaria pada
1 September lalu di kawasan Gorong-gorong.
Akan tetapi, selepas pesta tersebut
mendiang dikatakan berjalan sendirian dan terpisah daripada daripada kelompok
rakan-rakannya yang lain.
Mangsa yang dilaporkan hilang,
kemudian berjaya ditemui semula pada keesokan harinya dalam keadaan yang amat
ngeri dan memilukan.
Badan mangsa penuh dengan luka torehan kaca dengan tangan dan kaki yang terikat, manakala kemaluannya pula disumbat dengan pelepah kelapa.
Pihak polis segera bergegas ke
lokasi kejadian sejurus menerima laporan tentang kejadian ngeri itu.
Berdasarkan siasatan, pihak polis
mengesyaki mangsa dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh dengan kejam dan
pembunuhan itu dilakukan lebih daripada seorang.
Namun, sehingga kini pihak polis
masih belum menangkap mana-mana individu yang menjadi suspek kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan