PACUAN empat roda milik seorang pegawai polis dicuri di Kampung Baru Slim River, hari ini. Asisten Superintendan Mad Husin Ismail, 55, yang bertugas sebagai Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim hanya menyedari kehilangan Toyota Hilux miliknya ity kira-kira 6 pagi selepas mendapati ia sudah tiada lagi di ruang tempat letak kenderaan rumahnya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di susur keluar Plaza Tol Slim River menunjukkan kenderaan dipercayai milik mangsa melalui kawasan berkenaan pada 4.30 pagi namun sudah ditukar nombor pendaftaran.
Kecurian kenderaan itu mengakibatkan mangsa turut kehilangan pelbagai dokumen penting dan aksesori polis selain wang tunai serta buku akaun bank yang ditinggalkan dalam Toyota Hilux berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan