KASIHAN! Seorang penuntut kolej wanita mengalami beberapa lebam di kemaluan selepas bahagian alat sulit tersebut dihentak pada sebatang pokok oleh rakannya.
Pada dasarnya, tindakan kasar itu dilakukan hanyalah sekadar gurauan antara mereka. Tetapi, kejadian seperti ini tidak sepatutnya dianggap benda mainan!
Video yang menjadi viral beberapa hari lepas, dipercayai berlaku di Thailand berikutan suara yang kedengaran dalam rakaman tersebut.
Dalam video tersebut, jelas terpapar gadis malang yang menjadi mangsa gurauan kasar itu diangkat oleh beberapa rakannya dalam posisi mengangkang. Lalu, alat sulit mangsa dihentak pada sebatang pokok berdekatan dengan kawasan kejadian. Apa yang lagi kasihan, orang sekeliling hanya menyaksikan dan ketawa melihat mangsa tanpa ada perasaan untuk bantu meleraikannya.
Dalam pada itu, pihak polis Thailand telah menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut selepas salah seorang ahli keluarga mangsa membuat laporan. Menurut sumber, penuntut wanita itu mengalami lebam pada alat sulitnya dan mangsa sudah pun dirawat di hospital berdekatan. Kasihan sungguh nasib gadis malang ini. Nak bergurau tu boleh tapi berpadalah.
Kalau sampai tahap meninggalkan kesan luka atau lebam pada tubuh badan bukan gurauan lagi namanya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan