Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 10 Mac 2017

Rakaman CCTV dedah individu yang bertanggungjawab meninggalkan mayat bayi di sebuah surau Presint 9 

  fezlan        Jumaat, 10 Mac 2017   

Rakaman CCTV dedah individu yang bertanggungjawab meninggalkan mayat bayi di sebuah surau Presint 9 | Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan surau Surau As Siddiq Fasa 5 dan 6, Blok 5A, Presint 9, di mana mayat bayi perempuan cukup sifat diletak dalam beg dan ditinggalkan atas rak kasut semalam, diserahkan kepada polis. Penulis, yang diberi kesempatan melihat rakaman CCTV itu mendapati terdapat kelibat seorang lelaki di kawasan surau berkenaan kira-kira jam 7.45 malam semalam, yang dia dilihat pergi ke arah luar pintu dan berada dalam keadaan tertunduk seperti sedang mengemaskan beg berkenaan, sebelum meninggalkannya di situ. 

Ahli Jawatankuasa (AJK) surau berkenaan, Yahya Ibak, 51, yang juga individu pertama yang menemui mayat bayi itu pada jam 8.30 malam semalam, terkilan dengan cara mayat bayi berkenaan diperlakukan. “Dalam hati saya sudah terdetik beg berkenaan mungkin mempunyai bayi, saya cuba buka dengan perlahan untuk membuat kepastian, ternyata firasat saya betul apabila mendapati memang ada bayi yang dibungkus dengan surat khabar dan tuala dalam keadaan sempurna sifatnya. “Dia (suspek) tidak sepatutnya meninggalkan bayi berkenaan begitu sahaja, sepatutnya serahkan kepada pihak surau dengan cara baik (untuk diuruskan). 

BERITA TERDAHULU : Penemuan mayat bayi dipercayai baru dilahirkan dalam surau di Presint 9
“Ini tidak, dia hanya meletakkan sekeping nota ringkas yang meminta pihak surau menguruskan mayat bayi berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui masih bertali pusat dan dibalut dengan sehelai tuala serta jersi berwarna biru yang diletakkan dalam beg kitar semula berwarna biru. Turut disertakan, nota bertulisan tangan: ‘Assalamualaikum, kepada orang-orang surau. Tolong mandi dan kafankan bayi ini. Saya tak ada sesiapa nak minta tolong. Harap pertolongan ini dapat dibantu. Terima kasih. Pertolongan dapat dihargai. Hanya Allah sahaja dapat balas jasa-jasa orang-orang surau’.

Yahya, yang juga kakitangan Kementerian Kewangan, berkata walaupun sudah dapat mengagak kandungan beg berkenaan, beliau tetap terkejut dan sedih apabila menemui mayat bayi itu. -BH
| Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan surau Surau As Siddiq Fasa 5 dan 6, Blok 5A, Presint 9, di mana mayat bayi perempuan cukup sifat diletak dalam beg dan ditinggalkan atas rak kasut semalam, diserahkan kepada polis. Penulis, yang diberi kesempatan melihat rakaman CCTV itu mendapati terdapat kelibat seorang lelaki di kawasan surau berkenaan kira-kira jam 7.45 malam semalam, yang dia dilihat pergi ke arah luar pintu dan berada dalam keadaan tertunduk seperti sedang mengemaskan beg berkenaan, sebelum meninggalkannya di situ. 

Ahli Jawatankuasa (AJK) surau berkenaan, Yahya Ibak, 51, yang juga individu pertama yang menemui mayat bayi itu pada jam 8.30 malam semalam, terkilan dengan cara mayat bayi berkenaan diperlakukan. “Dalam hati saya sudah terdetik beg berkenaan mungkin mempunyai bayi, saya cuba buka dengan perlahan untuk membuat kepastian, ternyata firasat saya betul apabila mendapati memang ada bayi yang dibungkus dengan surat khabar dan tuala dalam keadaan sempurna sifatnya. “Dia (suspek) tidak sepatutnya meninggalkan bayi berkenaan begitu sahaja, sepatutnya serahkan kepada pihak surau dengan cara baik (untuk diuruskan). 

BERITA TERDAHULU : Penemuan mayat bayi dipercayai baru dilahirkan dalam surau di Presint 9
“Ini tidak, dia hanya meletakkan sekeping nota ringkas yang meminta pihak surau menguruskan mayat bayi berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui masih bertali pusat dan dibalut dengan sehelai tuala serta jersi berwarna biru yang diletakkan dalam beg kitar semula berwarna biru. Turut disertakan, nota bertulisan tangan: ‘Assalamualaikum, kepada orang-orang surau. Tolong mandi dan kafankan bayi ini. Saya tak ada sesiapa nak minta tolong. Harap pertolongan ini dapat dibantu. Terima kasih. Pertolongan dapat dihargai. Hanya Allah sahaja dapat balas jasa-jasa orang-orang surau’.
Yahya, yang juga kakitangan Kementerian Kewangan, berkata walaupun sudah dapat mengagak kandungan beg berkenaan, beliau tetap terkejut dan sedih apabila menemui mayat bayi itu. -BH
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Rakaman CCTV dedah individu yang bertanggungjawab meninggalkan mayat bayi di sebuah surau Presint 9 

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: