Penduduk gempar dengan penemuan arca berbentuk naga | Penduduk sekitar Banjar Mekar Sari, Desa Carangsari, Petang daerah Badung gempar dengan penemuan arca berbentuk naga. Arca yang tertanam di dalam sebuah jurang di belakang rumah penduduk itu dipercayai merupakan sebuah Pura Taman Beji (tempat pemandian) yang kononnya digunakan sebagai tempat melukat (pemandian air suci). Arca setinggi kira-kira setengah meter itu pertama kali ditemukan oleh Wayan Dapet. Menurutnya, arca itu muncul setelah kawasan itu digali kira-kira satu meter.
“Tidak hanya arca berbentuk naga, di lokasi itu juga ditemukan dua kolam yang disebut telaga kembar. Kewujudan arca dan kolam dipercayai ada kaitan kerana apabila kolam itu dibersihkan dan diisi air, keluar air dari mulut naga itu seperti sebuah pancuran,” katanya. Menurutnya, penemuan secara itu berlaku apabila dia dan keluarga membersihkan kawasan di sekitar tebing tanah miliknya sejak 20 hari lalu. Tambahnya, penemuan baharu itu diketahui setelah menggali tebing untuk melebarkan sempadan kawasan rumahnya.

“Menurut cerita datuk saya, tempat ini dinamakan Pura Taman Beji Bagendra. Tak tahu macam mana pura ini boleh tertutup dengan tanah runtuh. Dahulu, nenek moyang kami menjadi pemangku di Beji ini,” jelasnya. Penemuan arca naga itu turut menarik perhatian penduduk dari daerah lain sehinggakan orang ramai datang silih berganti untuk melihatnya. Setakat inii, Dapet dan ketua kampung belum melaporkan penemuan itu ke jabatan arkeologi. – Merdeka.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan