Pihak berkuasa Mumbai menemukan 19 janin perempuan di barat Maharashtra, India sekaligus menyelesaikan kes pengguguran bayi secara haram di negara ini yang semakin berleluasa.
Penguasa Polis Daerah Sangli, Maharasthra, Dattatray Shinde berkata, janjin tersebut yang ditemui dalam saluran pembentung berdekatan sebuah klinik swasta yang dikendalikan oleh seorang doktor bernama Babasaheb Khidrapure.
Menurutnya, doktor tersebut kini sedang diburu selepas menghilangkan diri secara tiba-tiba selepas penemuan yang menggegarkan bandaraya Mumbai.
“Khidrapure merupakan seorang doktor tradisional yang melakukan pengguguran secara haram. Dia melakukan aktiviti ini dalam sebuah perkampungan terpencil di Mhaisal. “Kita telah menemui 19 janin yang dibungkus dalam beg plastik biru dan diletakkan dalam saluran pembentung bersebelahan dengan klinik doktor ini,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Menurut Shinde, penemuan itu dibuat selepas seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia ketika cubaan menggugurkan janin gagal. Ujian pranatal adalah amalan yang menyalahi undang-undang di India namun pada masa yang sama ianya merupakan sebuah dasar yang direka untuk menggugurkan janin perempuan oleh pasangan yang terdesak mahukan anak lelaki. Namun demikian, ujian ini masih dianggap biasa khasnya di kawasan luar bandar yang miskin dengan nisbah jantina lebih cenderung ke arah lelaki di seluruh India sehingga kini. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan