Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 8 Mac 2017

Seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berdegup di luar dada mengejutkan ibu bapa dan doktor

  fezlan        Rabu, 8 Mac 2017   

NEW DELHI – Seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berdegup di luar dada mengejutkan ibu bapa dan doktor di India.
Tazmina Khatun, 28, yang berasal dari sebuah kampung di Assam, timur laut India melahirkan anak perempuannya itu di sebuah hospital kerajaan awal minggu ini.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati jantung anaknya berdegup di luar dadanya, sesuatu yang jarang berlaku.

Doktor berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu selepas merawatnya serta-merta sebelum memindahkannya ke hospital lain.

Bagaimanapun, ibu bapanya bimbang dia akan mati kerana mereka tidak mampu membiayai kos pembedahan bagi memasukkan semula organ itu ke dalam dadanya.

Tazmina dan suaminya, Jahirul Isma, 29, berkata, mereka hampa dengan keadaan anak sulung mereka.
“Saya hanya mampu menangis melihat anak saya. Saya tidak percaya dia akan dilahirkan sebegitu.
“Kami hanya berharap keajaiban akan berlaku supaya dia hidup seperti orang lain,” kata Jahirul.
Tazmina berkata, dia tidak mengalami masalah sepanjang hamil.


Bagaimanapun, dia tidak pernah menjalani pemeriksaan sepanjang tempoh itu kerana masalah kewangan.
Dr Manirul Islam Sarkar yang merawat bayi itu sebaik dilahirkan berkata, bayi itu menghidap ectopia cordis yang menyebabkan jantungnya membesar di luar dada. – Agensi/myMetro Online



1.Seorang Suri Rumah Mengerang Dengan Kuat Hingga Dicekup Khalwat 
2.Isteri Minta Cerai Dimalam Pertama Selepas Sah Bergelar Suami Isteri
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berdegup di luar dada mengejutkan ibu bapa dan doktor

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: