Seorang bapa tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui anak perempuannya yang kurang upaya dirogol anak lelaki sendiri pada kejadian Ahad lalu. Ketua Polis daerah Superitenden Hamzah Alias berkata, mangsa berumur 22 tahun didapati menangis ketika ibu dan bapanya pulang dari menoreh getah sekitar jam 12.30 tengahari. “Mangsa mengadu dirogol abangnya ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah.
“Mangsa merupakan orang kurang Upaya (OKU), Sindrom Down, menggunakan isyarat badan memaklumkan kejadian itu yang dilakukan dalam bilik rumah di gugusan Felda Palong. “Bapanya bertindak membuat laporan polis di Balai polis Ladang Geddes, manakala suspek berumur 35 tahun sudah ditahan di kediaman ibu bapanya kelmarin jam 4 pagi,” katanya ketika mengesahkan laporan semalam. Hamzah berkata, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Jempol dan dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan