
Menurut beliau, pada mulanya, lelaki berusia lingkungan 35 tahun itu telah menuduh mangsa mencuri wang miliknya bernilai RM5,000. “Namun perkara itu dinafikan mangsa, menyebabkan berlaku pertengkaran lalu dan suspek bertindak mengelar mangsa menggunakan sebilah pisau sebelum melarikan diri. “Kejadian itu hanya disedari salah seorang rakannya yang duduk di bilik bersebelahan selepas terdengar jeritan mangsa,” katanya di sini. Mengulas lanjut, Yahaya memberitahu, rakannya itu seterusnya memaklumkan kejadian kepada pihak polis.
“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau memotong sayur yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” ujarnya. Dalam pada itu, Yahaya menambah, gerakan memburu suspek giat dijalankan dan kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan