Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 9 Mac 2017

Anak disyaki penggal kepala ibunya dengan pisau pemotong daging 

  fezlan        Khamis, 9 Mac 2017   
http://fezlan.blogspot.com/2017/03/anak-disyaki-penggal-kepala-ibunya_9.html
Seorang remaja di Amerika Syarikat ditahan polis kelmarin, atas dakwaan memenggal kepala ibunya dengan pisau pemotong daging. Oliver Funes, 18, ditahan di hadapan rumahnya di sebuah pekan kecil di Carolina Utara ketika memegang kepala ibunya manakala sebelah tangannya memegang pisau yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu. “Ia amat mengerikan. Ada orang dipenggal dan apabila polis tiba, dia memegang kepala mangsa,” kata Sherif Franklin County, Kent Winstead.

Sementara itu, mayat mangsa, Yesina Funes, 35, ditemui dalam rumah mereka. Winstead berkata, turut ditemui dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia dua dan tiga tahun, dalam keadaan selamat. Kejadian berlaku di pekan kecil Zebulon dan difahamkan, Fenus sendiri menghubungi polis mengenai pembunuhan itu. Beliau dilaporkan menyerah diri secara sukarela dan didakwa atas tuduhan bunuh. – AFP
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Anak disyaki penggal kepala ibunya dengan pisau pemotong daging 

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: