Ibu Mengandung Tawar Seks Untuk Bayar Kos Bersalin |
IBU merupakan seorang insan yang sanggup berkorban demi kebajikan anak-anaknya.Walaupun sedang mengandung, pasti si ibu tetap akan melayan kerenah anak-anaknya yang lain.
Namun, lain pula bagi bakal ibu ini apabila sanggup menawarkan perkhidmatan seks walaupun sudah sarat hamil tujuh bulan.
Wanita tersebut yang dikenali dengan FWS ditangkap bersama rakannya kerana didakwa menawarkan perkhidmatan seks melalui media sosial.
Wanita berusia 27 tahun ini dan rakannya itu ditangkap pada minggu lalu di sebuah bilik hotel di Surabaya, Indonesia.
Menurut pihak polis, kedua-dua wanita tersebut telah ditahan pada 30 Oktober lalu kerana menawarkan perkhidmatan seks secara threesome.
Mereka ditangkap di sebuah bilik hotel dalam keadaan bogel dan sedang melayan seorang pelanggan.
Menurut sebuah portal tempatan, mereka mendapat bayaran sebanyak 700,000 rupiah (kira-kira RM219) untuk perkhidmatan selama dua jam.
Namun, bayaran tersebut dikongsi bersama. Wanita hamil itu hanya mendapat 300,000 rupiah (RM94), manakala rakannya mendapat 400,000 rupiah (RM125).
Menurut wanita itu, dia terpaksa ‘bekerja’ kerana masalah ekonomi yang dihadapinya sekali gus demi menampung kos bersalinnya nanti.
“Saya sedang mengandung tujuh bulan, tapi (ketika ditahan) suami saya tidak tahu saya sedang ‘bekerja’. Keperluan yang mendesak saya melakukan ‘pekerjaan’ ini,” katanya.
Ekoran perbuatannya, wanita itu boleh dipenjara maksimum 15 tahun kerana melacur dan ‘menjual’ rakannya untuk melakukan seks.
Pihak polis turut merampas cadar bilik hotel berkenaan, wang tunai serta dua telefon bimbit sebagai bahan bukti untuk perbicaraan di mahkamah.
Rasanya, ada cara lain lagi mendapatkan wang untuk biaya kos bersalin itu nanti dan ini bukannya cara terbaik untuk mendapatkan wang.
Thanks for reading Ibu Mengandung Tawar Seks Untuk Bayar Kos Bersalin
Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next
Next Post »
Next Post »
Tiada ulasan:
Catat Ulasan