Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 8 November 2017

Gempar ..Bayi Ditemui Dalam Beg Kertas Di Depan Surau Perampuan

  fezlan        Rabu, 8 November 2017   

Gempar ..Bayi Ditemui Dalam Beg Kertas Di Depan Surau Perampuan

SERDANG: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di sebuah surau di stesen minyak Taman Equine, Seri Kembangan dekat sini, awal pagi tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan bayi itu pada jam 7.26 pagi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan.

“Bayi itu ditemui orang awam berbungkus kain batik dan diletakkan dalam beg kertas di surau perempuan stesen minyak itu.

“Pihak kami memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat kejadian ini untuk menghubungi IPD Serdang bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Gempar ..Bayi Ditemui Dalam Beg Kertas Di Depan Surau Perampuan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: