Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 6 April 2017

Kerajaan Kerugian Hampir RM9 juta Gara-Gara Tuntunan Palsu ,Tan Sri dan Anaknya Serta 4 Pegawai JPS

  fezlan        Khamis, 6 April 2017   

 Kerajaan Kerugian Hampir RM9 juta Gara-Gara Tuntunan Palsu ,Tan Sri dan Anaknya Serta 4 Pegawai JPS |Putrajaya: Ahli perniagaan bergelar Tan Sri bersama anaknya dan empat pegawai Jabatan Pengiran dan Saliran (JPS) Johor yang ditahan kerana dipercayai membuat tuntutan palsu tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9.30 pagi tadi untuk direman.

Mereka yang tiba dengan berpakaian lokap oren diringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembekalan geotube bagi kerja-kerja pemulihan sungai menggunakan kaedah penggalian (Dredging and Excavation).

Mereka disyaki bersubahat dengan Tan Sri berkenaan yang juga pemilik syarikat yang dilantik untuk membekalkan alat geotube untuk projek JPS.

Difahamkan, suspek mengemukakan invois pembayaran berjumlah hampir RM13 juta bagi membekalkan 358 unit geotube.

Hakikatnya, hanya 89 unit yang dibekalkan bernilai kira-kira RM4 juta dan akibatnya, kerajaan kerugian hampir RM9 juta.-hmetro
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Kerajaan Kerugian Hampir RM9 juta Gara-Gara Tuntunan Palsu ,Tan Sri dan Anaknya Serta 4 Pegawai JPS

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: