UN
Seorang Guru Silat Dipercayai Militan Daesh Dihukum Penjara Lima Tahun Dan Enam Sebatan |KOTA BHARU - Seorang guru silat dipercayai militan Daesh dihukum
penjara lima tahun dan enam sebatan di mahkamah sesyen, di sini, tadi,
kerana memiliki granit dan dua peluru.
Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Sabri Mat Zain,46, selepas tertuduh mengaku salah.
Tertuduh didakwa memiliki bahan-bahan letupan itu di sebuah rumah di Kampung Batu 7, Telok Kandis Salor, di sini, pada jam 7.55 pagi, 21 Mac lalu.
Sementara di mahkamah majistret, tertuduh berdepan dakwaan memaparkan bahan berkaitan Daesh melalui akaun Facebooknya atas nama Pacula Naga, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini, pada jam 1 petang, 4 April lalu.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 130B(1)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda dan dilucut hak mana-mana barangan yang berkaitan kes.
Pada prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan dan ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Mei depan.-Sinarharian
Tertuduh (tengah) dikawal ketat polis ketika keluar dari lokap menuju ke bilik mahkamah |
Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Sabri Mat Zain,46, selepas tertuduh mengaku salah.
Tertuduh didakwa memiliki bahan-bahan letupan itu di sebuah rumah di Kampung Batu 7, Telok Kandis Salor, di sini, pada jam 7.55 pagi, 21 Mac lalu.
Sementara di mahkamah majistret, tertuduh berdepan dakwaan memaparkan bahan berkaitan Daesh melalui akaun Facebooknya atas nama Pacula Naga, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini, pada jam 1 petang, 4 April lalu.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 130B(1)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda dan dilucut hak mana-mana barangan yang berkaitan kes.
Pada prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan dan ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Mei depan.-Sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan