Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 12 April 2017

SPRM cari pemain bola Ah Chong

  fezlan        Rabu, 12 April 2017   

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA) baru-baru ini.

Saksi yang dicari ialah Khairul Anuar Baharum atau lebih popular dipanggil sebagai Ah Chong dalam kalangan pemain bola sepak tempatan.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya meminta Ah Chong yang juga pernah bermain untuk pasukan bola sepak Selangor dan Negeri Sembilan itu hadir ke ibu pejabat SPRM secepat mungkin bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.

Pada 6 April lalu, tiga pemain pasukan bola sepak MISC-MIFA ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah sebagai habuan untuk mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.


Seorang daripada mereka melibatkan pemain import berusia 29 tahun manakala dua lagi pemain tempatan masing-masing berumur 26 dan 27 tahun.

Bagaimanapun, setakat ini SPRM belum mendedahkan secara terperinci jumlah perlawanan yang telah diatur termasuk individu-individu lain yang terlibat sama ada pemain ataupun pegawai pasukan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ah Chong diminta menghubungi pegawai penyiasat SPRM, Penguasa Mohd. Fadzli Alias di talian 03-8886 7000 atau 018-274 4533 bagi membantu siasatan.


Artikel Penuh: Kosmo Online
Hakcipta terpelihara
 
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading SPRM cari pemain bola Ah Chong

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: