Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 6 April 2017

Ditahan ketika leka layan pelanggan

  fezlan        Khamis, 6 April 2017   
Kesemua wanita dipercayai bekerja sebagai GRO dibawa ke IPD Ipoh untuk siasatan lanjut.

Ditahan Ketika Leka Layan Pelanggan| IPOH - Polis Perak berjaya menahan 32 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam Op Noda di sebuah premis di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini, malam tadi.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, Deputi Superintendan V Annadurai berkata, pasukannya berjaya menahan 27 wanita warga China dan lima wanita warga Vietnam dalam serbuan kira-kira jam 11.15 malam.

"Ketika serbuan, kesemua wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu sedang leka melayan pelanggan dan premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa sebelum ini masih berdegil menyediakan perkhidmatan itu.

"Tiga lelaki tempatan dipercayai bekerja sebagai penjaga turut ditahan untuk siasatan lanjut.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 memperuntuk hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya-Sinarharian
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Ditahan ketika leka layan pelanggan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: