Fezlan Blogger


Back to Top

Selasa, 4 Ogos 2020

Jangan Gunakan Nama Samaran Di MySejahtera

  fezlan        Selasa, 4 Ogos 2020   


Bagi memudahkan segala proses pembayaran e_Penjana sebanyak Rm 50.00,Pengguna diingatan agar tidak menggunakan nama samaran atau nama manja untuk mendaftardi aplikasi MySejahtera.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penggunaan nama tidak dapat akan menyukarkan padanan nama dalam pangkalan data.

Malah pengguna juga diingatkan agar berhati-hati dengan aplikasi palsu atau tidak rasmi,Selain itu pengguna harusmemuat turun aplikasi MySejahtera yang terkini,ini kerana versi aplikasi lama tidak boleh mendapat bantuan e-penjana.Bagi yang telah memuat turun aplikasi MySejahtera versi lama pengguna harus mengemaskini aplikasi melalui google play.

"Selain itu, penambahbaikan saringan telah dibuat dalam proses verifikasi dan kelulusan. Ini adalah ekoran beberapa cabaran yang dihadapi pemohon, terutamanya dari segi padanan nama dalam pangkalan data.

"Cuma, saya ingin mengingatkan agar jangan menggunakan nama manja seperti Superman, Boboi, dan Achik ketika mendaftar. 'Confirm' (pasti) tak dapat tu," katanya dalam perkongsian Laporan Laksana Ke-15 pelaksanaan Prihatin dan Penjana menerusi Facebook, hari ini.

Menurutnya, kerajaan melancarkan inisiatif e-Penjana bermula 31 Julai lalu dengan tujuan merangsang perniagaan runcit dan membudayakan pembayaran secara digital.

"Alhamdulillah, dalam tiga hari pertama e-Penjana, sehingga 2 Ogos 2020, lebih daripada 4.5 juta rakyat berjaya menerima RM50 dalam e-dompet mereka.

"Sejak e-Penjana diumumkan, bilangan pengguna MySejahtera yang berdaftar meningkat lebih daripada dua juta kepada 9.4 juta pengguna.

"Sebagai peringatan, e-Penjana boleh ditebus menggunakan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu, Boost, GrabPay atau Touch 'n Go eWallet," katanya.-Hmetro

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Jangan Gunakan Nama Samaran Di MySejahtera

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: