Fezlan Blogger


Back to Top

Selasa, 4 Ogos 2020

Ayah Bertindak Di luar Kawalan

  fezlan        Selasa, 4 Ogos 2020   
Seorang ayah bertindak di luar kawalan sanggup menghempas  anaknya ke lantai selepas anaknya  meminta air ketika makan malam di dapur,kejadian ini berlaku di kampong Krroh Hilir, di padang Rengas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Deputi Superintendan Zahiri Hassan berkata, dalam kejadian 8.20 malam itu, mangsa mengalami luka di dahi sebelah kiri selain bengkak di bahagian kepala selepas terkena bucu meja makan.

Beliau berkata, kejadian disedari isteri suspek berusia 40 tahun yang ketika kejadian sedang menguruskan jadual persekolahan anak-anaknya selepas terdengar suaminya memarahi mangsa sebelum disusuli jeritan dan tangisan.

"Suspek mendakwa mangsa sudah mengetuk kepalanya sewaktu dia sedang menikmati makan malam lalu membuatkannya marah. Siasatan awal mendapati suspek mengangkat lalu menghempas mangsa ke lantai sebanyak sekali.

"Sejurus kejadian suspek berusia 37 tahun itu melarikan diri namun berjaya diberkas di rumahnya 12 tengah hari semalam. Suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara dua minggu yang lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ibu mangsa membawa kanak-kanak malang itu ke klinik sejurus kejadian namun dinasihatkan untuk mendapat rawatan lanjut di Hospital Kuala Kangsar.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan Kanak-kanak.

"Pemeriksaan mendapati susupek yang juga seorang penganggur mempunyai lima rekod membabitkan kes dadah selain dua rekod jenayah," katanya. Kredit:-Hmetro

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Ayah Bertindak Di luar Kawalan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: