Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 17 Januari 2018

Tragik!!Gadis Cacat Dibakar Selepas Abang Lari Dengan Kekasih

  fezlan        Rabu, 17 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/tragikgadis-cacat-dibakar-selepas-abang.html
Naina

TRAGIK… Seorang gadis yang cacat fizikal, telah dibakar hidup-hidup selepas abangnya melarikan diri dengan seorang remaja berusia 17 tahun.

Ketika kejadian ngeri itu, Naina Choursia, 14, tinggal seorang diri di rumahnya di India manakala ahli keluarganya berada di luar.

Kejadian malang itu berlaku apabila dua lelaki, dengan salah seorang adalah bapa kepada remaja yang melarikan diri dengan abang Naina iaitu Deepak, telah memecah masuk ke rumahnya.

Mereka memukul dan mencurahkan minyak tanah serta membakar Naina selepas gagal mendapat maklumat di mana abangnya membawa gadis berkenaan melarikan diri.

Dia mengalami luka melecur 85 peratus di badan dan dibawa ke sebuah hospital oleh jiran-jirannya yang mendengar jeritan mangsa.

Sebelum meninggal dunia di hospital, Naina menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya dan bagaimana dia merayu supaya tidak diapa-apakan.

Polis telah menangkap penjenayah terbabit dan pada masa sama sedang memburu Deepak.

Meskipun gadis itu meninggalkan nota bahawa dia melarikan diri atas kerelaan sendiri namun disebabkan dia masih berusia bawah umur, maka kes itu dianggap sebagai kes culik. – MYNEWSHUB.CC
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Tragik!!Gadis Cacat Dibakar Selepas Abang Lari Dengan Kekasih

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: