Taman Ketiau Apartment, Putatan |
Dalam kejadian lebih kurang pukul 6 petang tersebut, anak suspek berusia antara 10 hingga 15 tahun cedera pada bahagian tangan manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian suspek baru pulang selepas menjemput anaknya yang berusia tujuh tahun dari sekolah.
"Sebaik tiba di rumah, wanita yang berusia 34 tahun itu menggesa keempat-empat mangsa mencari cincin dan seutas gelang tangannya yang dipercayai hilang sejak Ahad lalu.
“Disebabkan gagal menemui barang kemas terbabit suspek bertindak di luar kawalan dengan memarahi dan melibas pisau pemotong daging terhadap anak-anaknya supaya mereka mengaku mengambil barang kemas miliknya itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. - K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan