Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 5 Januari 2018

Syabu Bernilai RM12000 Berjaya Dirampas

  fezlan        Jumaat, 5 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/syabu-bernilai-rm12000-berjaya-dirampas.html
Dadah yang dijumpai
SANDAKAN - Polis merampas syabu seberat 152 gram (g) bernilai RM12,000 dalam satu sekatan jalan raya di Kilomenter 52, Check Point di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang tersebut, dadah terbabit dijumpai di bahagian alas kaki tempat duduk bahagian penumpang hadapan di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Iswara.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil serbuan itu pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang memandu kereta terbabit.

"Kelmarin, pihak polis menahan seorang suspek warganegara tempatan kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar daerah ini.

"Lelaki itu ditangkap dalam sekatan jalan raya bersama dadah jenis syabu yang dibungkus di dalam plastik hitam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Syabu Bernilai RM12000 Berjaya Dirampas

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: