Fezlan Blogger


Back to Top

Selasa, 9 Januari 2018

Padah!!Apabila Menawarkan Khidmat Seks Kepada Anggota Polis

  fezlan        Selasa, 9 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/padahapabila-menawarkan-khidmat-seks.html

Seorang wanita dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Julia Aso, 31, selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan terhadap anggota polis itu dengan bayaran RM200 untuk sekali perkhidmatan itu.

Kesalahan itu dilakukan di bilik sewa wanita tersebut di sebuah unit di Pangsapuri Sri Penara, Jalan Permaisuri 1, Cheras, di sini pada 11.30 malam, 25 Dis lalu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Difahamkan, tertuduh menawarkan khidmat seks melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan beroperasi di bilik sewanya di pangsapuri tersebut. – BERNAMA

Video Sekadar Tontonan

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Padah!!Apabila Menawarkan Khidmat Seks Kepada Anggota Polis

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: