Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 11 Januari 2018

Detik Hitam!!Dalam Masa 4 Bulan Perkenalan Melalui WeChat Akhirnya Dirogol

  fezlan        Khamis, 11 Januari 2018   
http://fezlan.blogspot.com/2018/01/detik-hitamdalam-masa-4-bulan.html

Seorang pekerja kantin sebuah sekolah rendah di daerah ini ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang juga merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Seremban.

Difahamkan, bapa mangsa berusia lingkungan 70an membuat laporan di Balai Polis Chembong awal pagi kelmarin dan suspek ditangkap dalam tempoh 24 jam laporan dibuat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asistan Superintendan Nazruel Ekram Abu Shari berkata, suspek iaitu remaja berusia 17 tahun bukan berasal dari daerah ini ditangkap di bilik kantin sekolah tempatnya bekerja.

“Suspek kini akan direman dan tempoh tahanan reman yang dipohon adalah selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) sehingga 15 Januari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes rogol bawah umur berkenaan.

“Mangsa yang baru kira-kira empat bulan mengenali suspek melalui WeChat dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nazruel berkata, berdasarkan siasatan awal suspek pertama kali bertemu dengan mangsa pada pagi Jumaat lalu di tepi jalan sebuah taman perumahan di sekitar Senawang.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa bersiar-siar menaiki kereta di sekitar Senawang.

“Suspek kemudiannya mahu menghantar mangsa kembali ke rumah, namun ditolak mangsa dan menyatakan dia telah lari dari rumah pada hujung Disember lalu.

“Suspek kemudiannya membawa mangsa ke kantin sekolah dan membiarkan mangsa berehat di sekitar kawasan berkenaan.

“Selepas suspek tamat bekerja pada waktu persekolahan sebelah petang, suspek bawa mangsa ke bilik kantin untuk bermalam di sana dan berlaku hubungan intim antara mereka,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Detik Hitam!!Dalam Masa 4 Bulan Perkenalan Melalui WeChat Akhirnya Dirogol

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: