Fezlan Blogger


Back to Top

Rabu, 10 Januari 2018

Betulkah Fazura Mengandung?

  fezlan        Rabu, 10 Januari 2018   
KUALA LUMPUR - Ditegur kerana makan pada kuantiti yang banyak dalam sebuah video, pelakon dan penyanyi popular Fazura berseloroh dirinya sedang mengidam seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua.

Melalui sebuah video yang dikongsi oleh akaun Instagram @divaletopsdotcom menunjukkan pelantun lagu Sayangi Dirimu itu tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita.

"Banyak makan sis. Tak makan ke tadi sis?," tanya wanita itu.

Fazura, 34, dengan bersahaja menjawab, "Bukan, kot kot mengidam ke apa. kot kot lah."

Jawapan Fazura itu disambut dengan keterujaan wanita berkenaan serta beberapa rakan yang lain sambil mendoakan perkara itu menjadi kenyataan.

Video itu diambil ketika Fazura berada di majlis pelancaran sebuah produk kecantikan, Trudolly, di London yang menampilkan dirinya sebagai duta produk tersebut.

Video tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan dan rata-rata peminat melalui ruangan komen juga mendoakan agar pelakon jelita itu benar-benar hamil dan segera menimang cahaya mata. - K! ONLINE
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Betulkah Fazura Mengandung?

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: