Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 29 Disember 2017

Remaja Perampuan Dilarikan Di hadapan RumahNya

  fezlan        Jumaat, 29 Disember 2017   
http://fezlan.blogspot.com/2017/12/remaja-perampuan-dilarikan-di-hadapan.html
Nur Syaminn Nabila
KUANTAN - Remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang dipercayai dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di hadapan rumahnya di Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Nur Syaminn Nabila Mohd. Shapawi, 16, dilaporkan hilang selepas pulang membeli buku sekolah adiknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Gali pada pukul 11 pagi.

"Mangsa ke sekolah menaiki motosikal kira-kira tiga kilometer dari rumah untuk membeli buku adiknya sebelum pulang ke rumah pada kira-kira pukul 11 pagi.

"Semasa tiba di hadapan rumah telah datang seorang lelaki menaiki kereta dan mengaku anggota polis di Balai Polis Sungai Ruan.
Advertisement

"Suspek meminta mangsa menolongnya mengambil motosikal di pekan Sungai Ruan. Mangsa kemudian menaiki kereta bersama suspek dan tidak pulang ke rumah," katanya.

Tambah beliau, mangsa sempat menghubungi keluarganya pada kira-kira pukul 3 petang dan memaklumkan berada di Gua Musang, Kelantan sebelum talian diputuskan.

"Kes masih disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melarikan manusia dan menyamar sebagai penjawat awam," tambah Wan Zahari. - K! ONLINE
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Remaja Perampuan Dilarikan Di hadapan RumahNya

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: