Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 29 Disember 2017

Detik Cemas !! Rombongan Pengatin Berdepan Tanah Runtuh

  fezlan        Jumaat, 29 Disember 2017   
http://fezlan.blogspot.com/2017/12/detik-cemas-rombongan-pengatin-berdepan.html
SANDAKAN - Empat ahli rombongan pengantin yang sedang menunggu di tepi jalan berdepan detik cemas selepas kenderaan yang dipandu mereka terjatuh dan terbalik ke tebing di Jalan Sibuga, Kampung Properous di sini hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi tersebut, keempat-empat lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Myvi, Perodua Alza dan dua buah Proton Saga FLX itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, sebelum kejadian empat buah kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Gereja Basel, Jalan Lintas menghala ke rumah pengantin lelaki di perkampungan berkenaan.

"Semasa memberhentikan kenderaan di tepi jalan terbabit secara tiba-tiba berlaku tanah runtuh kecil di sebelah kiri jalan sehingga menyebabkan kereta mangsa menggelongsor jatuh dan terbalik.

"Bagaimanapun, semua mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Azhar, hasil siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

"Difahamkan, jalan raya itu merupakan jalan persendiran dan sudah lama dibina. Justeru, disebabkan terlalu rapuh ia tidak mampu menampung berat kenderaan yang berhenti kawasan terbabit," jelasnya. - K! ONLINE
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Detik Cemas !! Rombongan Pengatin Berdepan Tanah Runtuh

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: