Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 28 Disember 2017

Kereta BMW 520i Langgar, Gilis Ketua Kongsi Gelap Dijumpai

  fezlan        Khamis, 28 Disember 2017   

JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya menemui kereta jenis BMW 520i berwarna putih yang digunakan suspek dalam kes pembunuhan kejam ketua kongsi gelap di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi pada 17 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kereta itu ditemui di dalam kawasan kebun kelapa sawit di Ayer Baloi, Pontian dekat sini kira-kira pukul 3 petang semalam selepas mendapat maklumat dari orang awam.

Menurutnya, pemeriksaan pihak forensik menemui beberapa perkara yang mengaitkan kenderaan itu dengan kes pembunuhan berkenaan.

"Kereta berkenaan ditinggalkan di dalam kawasan kelapa sawit dan dijumpai oleh orang awam, bagaimanapun nombor pendaftaran kenderaan telah ditanggalkan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Mohd. Khalil berkata, pihaknya juga sedang giat mengesan tiga lagi suspek utama bagi menyiasat kes itu lebih terperinci dan setakat ini seramai 15 orang telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Kesemua yang ditahan merupakan rakyat tempatan dan empat dari mereka telah dibebaskan manakala 11 lagi masih ditahan termasuk tiga wanita," katanya.

Kosmo! pada 18 Disember lalu melaporkan seorang lelaki dipercayai ketua kongsi gelap, Tan Aik Chai, 44, diserang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta mewah BMW ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen minyak untuk mengisi angin tayar kereta yang dinaiki mereka.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam, 17 Disember lalu,  Aik Chai yang menaiki kereta Volkswagen Polo dibelasah dan ditikam tepat pada bahagian jantung sebelum digilis kereta BMW yang dipandu suspek. - K! ONLINE
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Kereta BMW 520i Langgar, Gilis Ketua Kongsi Gelap Dijumpai

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: