Fezlan Blogger


Back to Top

Sabtu, 4 November 2017

Dijel 14 Bulan Padah Cium Seluar Dalam Gadis Amah

  fezlan        Sabtu, 4 November 2017   
Gambar Sekadar Hiasan

SINGAPURA – Pembantu rumah berusia 23 tahun dari Indonesia ini pada mulanya gembira dapat bergaul baik dengan majikannya, yang mesra dipanggil sebagai Ibu dan Bapak.

Namun, selepas hanya tiga minggu mula bekerja, Bapak mula ‘ganggu’ dengan selamba menyentuh punggungnya yang montok. Selang beberapa hari, dia mengambil seluar dalam pembantu rumah itu dari jemuran ampaian.


Media tempatan melaporkan suspek iaitu Saffie Supa’at, warga emas yang berusia 51 tahun, malahan begitu rakus menjilat seluar dalam comel itu dengan agak lahap “seperti anjing”, dedah pembantu rumah itu di mahkamah.

Namun pada Khamis, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan dua minggu, selepas didapati bersalah terhadap enam tuduhan, masing-masing empat bagi kes cabul dan juga hina kehormatan pembantu rumahnya.

Saffie, yang pernah bertugas sebagai pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura, tetapi kini hanya menganggur, didapati bersalah selepas pembicaraan di sebuah mahkamah di sini selama empat hari.

Nama pembantu rumah tidak didedahkan bagi melindungi identitinya. Mangsa mula bekerja bersama keluarga Saffie pada 14 Disember 2015 tetapi Saffie mencabulinya buat pertama kalinya tiga minggu kemudiannya.

Insiden itu berlaku semasa isterinya sedang bekerja. Gadis tersebut bagaimanapun takut dan bertindak berdiam diri kerana tidak ingin menjadi “perosak rumah tangga” majikan, katanya semasa pembicaraan berlangsung.

Selang beberapa hari kemudian, semasa dia sedang leka mencuci baju, Saffie bertanya kepadanya sama ada seluar dalam yang dijemur di luar rumah itu milik kepunyaannya. Dia kemudiannya menjilat seluar dalam tersebut.

Mangsa semasa pembicaraan tersebut mendedahkan bahawa lelaki itu turut berani mengatakan sedia mengganggu dirinya sehingga mangsa berasa seperti hendak muntah akibat jijik dengan perbuatan berani suspek berkenaan.

Pada minggu seterusnya pula, Saffie membawa pembantu rumah tersebut ke sebuah kedai dan dia kemudian bertindak membelikannya lima helai seluar dalam berbentuk seksi. Setibanya di rumah, dia mencabulinya lagi.

Dalam insiden yang berasingan, Saffie juga menyentuhkan badannya kepada badan mangsa dan bertanyakan kepada dirinya jika mangsa mempunyai teman lelaki di Indonesia. Dia juga membuat beberapa ucapan lucah.

Amah itu kemudian memberitahu isteri Saffie yang dia hendak berhenti, tetapi tidak menjelaskan mengapa. Ia terdedah semasa mangsa berada di pasar raya pada 30 Januari 2016, isteri Saffie membongkar barangannya.


Beliau menemui sebuah buku nota yang mengandungi rayuan untuk meminta bantuan. Nota tersebut dikirimkan kepada anak paling tua pasangan tersebut, yang mendakwa bapanya sering “menyentuh” tubuhnya.

Dengan perasaan yang amat marah, isteri Saffie membuang buku nota tersebut. Apabila mangsa pulang ke rumah, si isteri bersemuka dengannya dan ancam akan buat aduan polis. Namun mangsa menegaskan dia bercakap benar.

Isterinya pula bertanyakan kepada Saffie dan memutuskan untuk menghantar pembantu rumah tersebut pulang ke agensinya. Dua hari kemudian, pada 1 Februari 2016, mangsa melarikan diri ke Sekolah Rendah Hougang.


Mangsa bertemu rakannya, pembantu rumah yang lain, dan mereka memfailkan aduan polis. Timbalan Pendakwa Raya Kavita Uthrapathy menggesa hakim untuk jatuh hukuman penjara sekurang-kurangnya 16 bulan ke atas Saffie.

Ini kerana tertuduh memperdayakan wanita muda itu, yang tidak pernah meninggalkan Indonesia sebelum bekerja di Singapura dan tiada sebarang teman selain tidak memiliki sesiapa untuk mengadu mengenai nasibnya itu.

Kavita turut mengatakan bahawa Saffie “tidak pernah menunjukkan perasaan kesal” dan “tidak membuang masa untuk mencabuli mangsa” apabila mendapat peluang terbaik, sejurus selepas mangsa bekerja dengannya.


Pihak pendakwa raya juga mengkritik peguam bela kerana konon membayangkan bahawa si mangsa ada perasaan romantik terhadap Saffie termasuk cuba menggoda lelaki tersebut untuk berzina atau curang dengan isterinya.

Dua lagi tuduhan iaitu kes mencabuli kehormatan mangsa dengan menayangkan alat kelaminnya kepada mangsa turut diambil dalam pertimbangan semasa keputusan perbicaraan tersebut.– Agensi
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Dijel 14 Bulan Padah Cium Seluar Dalam Gadis Amah

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: