Fezlan Blogger


Back to Top

Selasa, 31 Oktober 2017

Pesanan Zizan Razak Buat Kamal Adli Dan Emma Maembong

  fezlan        Selasa, 31 Oktober 2017   

Kredit foto: Instagram Zizan Razak & Instagram Kamal Adli & Emma Maembong

Zizan Razak meminta aktor Kamal Adli supaya mendirikan rumah tangga dengan segera susulan kemenangannya dalam Super Spontan Superstar Akhir.

Menurut pelawak berusia 33 tahun itu, wang tunai yang dimenangi Kamal menjadi petanda Tuhan memberi rezeki buatnya untuk berkahwin.

"Yang menang Kamal Adli, saya doakan yang terbaik untuk Kamal Adli, tahniah!

"Kahwinlah, apa tunggu lagi? Dikecam atau tidak, tapi Allah bantu.

"Lihatlah dia dah menang dan dapat duit. Kahwinlah, Tuhan bantu tu," katanya.
Zizan membuat kenyataan tersebut dalam sebuah video live di laman sosial miliknya sehari selepas rancangan realiti itu berlangsung.

Mengulas kemenangan Kamal, Zizan menganggap ia menjadi bukti pentas pertandingan itu bukanlah untuk pelawak sahaja.


Malah kemenangan dapat diraih sesiapa yang mampu menguasai permainan.
"Saya nak beritahu, pemikiran haruslah diubah. Ada kata bagaimana pelakon boleh menang?

"Sebenarnya pentas itu bukanlah untuk pelawak sahaja. Pentas itu untuk sesiapa yang tahu menguasai permainan Super Spontan dengan baik.


 "Kalau Kamal Adli menang maknanya Kamal adalah seorang pelakon yang baik dan tahu nak bawa watak lawak itu," ulasnya.

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

Dalam pertandingan akhir program yang berlangsung pada Jumaat itu menyaksikan Kamal muncul juara, diikuti Fad Bocey di tangga kedua dan Achey Bocey di kedudukan ketiga.

Lain-lain peserta pusingan akhir ialah Ozlynn, Syuk, Mamak, Shahrol dan Sharif- iluminasi.com
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Pesanan Zizan Razak Buat Kamal Adli Dan Emma Maembong

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: