Fezlan Blogger


Back to Top

Jumaat, 20 Oktober 2017

Shafie Masuk Ke Hospital Akibat Tekanan

  fezlan        Jumaat, 20 Oktober 2017   
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH) kerana tekanan darah tinggi.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto J Padua, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Mohd Shafie dibawa ke hospital itu pada kira-kira jam 11.30 malam tadi.

“Beliau dibawa ke QEH2 malam tadi bagi mendapatkan pemeriksaan doktor dan didapati mengalami tekanan darah tinggi.

“Sehingga pagi ini beliau masih di bawah pemerhatian doktor di hospital tetapi keadaannya dilaporkan baik,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, sebentar tadi.

Mohd Shafie ditahan SPRM pada jam 9 malam semalam selepas dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah berhubung siasatan penyelewengan dana awam membabitkan projek luar bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), yang diterajuinya dari tahun 2009 hingga 2010.

Beliau dijadualkan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, selepas solat Jumaat hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman. – BH ONLINE



logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Shafie Masuk Ke Hospital Akibat Tekanan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: