Fezlan Blogger


Back to Top

Khamis, 19 Oktober 2017

Pelanggan Pakai Niqab Tak Dilayan

  fezlan        Khamis, 19 Oktober 2017   
Pelanggan Pakai Niqab Tak Dilayan
MONTREAL: Wilayah Quebec di Kanada melarang pekerja kerajaan dan sesiapa yang menerima perkhidmatan awam daripada melindungi wajah mereka, langkah yang disifatkan pengkritik secara tidak adil mensasarkan wanita itu Islam yang memakai niqab.

Peraturan itu dikenakan kepada birokrat, pegawai polis, guru dan pemandu bas, selain doktor, bidan dan doktor gigi yang bekerja di hospital atau klinik kerajaan.Bagaimanapun, pengecualian diberi berdasarkan kes.


“Saya perlu melihat wajah anda, dan anda perlu melihat wajah saya,” kata Ketua Menteri Quebec, Philippe Couillard, mengenai Rang Undang-Undang 62.

Couillard menamakan komunikasi, pengenalan dan keselamatan yang dipertingkatkan sebagai alasan pengharaman itu.

Kerajaan menegaskan undang-undang dikenakan kepada semua bentuk penutupan muka dan tidak menyasarkan wanita Islam.


Bagaimanapun, pengkritik berkata, ia akan membataskan secara berkesan akses mendapatkan kerja dan perkhidmatan di sektor awam.

Majlis Kebangsaan Islam Kanada dalam satu kenyataan berkata, undang-undang itu adalah politik kotor menjelang pilihan raya di Quebec tahun depan. – AFP
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Pelanggan Pakai Niqab Tak Dilayan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: