Fezlan Blogger


Back to Top

Isnin, 11 September 2017

Seramai 443,794 Calon Menduduki Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017

  fezlan        Isnin, 11 September 2017   

Seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017

PUTRAJAYA – Seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 bermula hari ini hingga hingga 18 September ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, seramai 433,536 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,258 adalah calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,085 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara, melibatkan seramai 51,363 petugas peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu tersebut boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.oe.gov.my.

Calon juga diingatkan membawa MyKad masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar, kata Kementerian Pendidikan. – www.astroawani.com


logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Seramai 443,794 Calon Menduduki Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: