KUALA
LUMPUR 27 Sept.- Vokalis Wings iaitu Datuk Awie kini berada di sebuah
hospital swasta bagi mendapatkan rawatan untuk sakit tulang di bahagian
tangannya.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, ketika ini keadaannya sudah stabil, malah memberitahu akan keluar hospital pada bila-bila masa sahaja.
“Jika tiada apa mungkin petang ini akan keluar,” katanya ketika dihubungi Utusan Online sebentar tadi.
“Tidak ada apa, semuanya sudah okay. Tidak ada apa yang membimbangkan,” katanya.
Sementara itu perkongsian keadaan terbaharu penyanyi ini melalui Instagram @botakpm_zaidimatzin menimbulkan tanya tanya banyak pihak.
Dalam muat naik itu Awie kelihatan terbaring di atas katil sambil ditemani isterinya Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin bersama dua orang lagi rakan.- UTUSAN ONLINE
Thanks for reading Awie Masuk Hospital
Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next
Next Post »
Next Post »
Tiada ulasan:
Catat Ulasan