Afdlin, Aliff Syukri Terima Anugerah Kebesaran |
“Alhamdulillah, kena pada masanya kerana saya baru sahaja menubuhkan Yayasan Afdlin Shauki supaya kerja amal yang dilakukan lebih teratur dan tertib.
“Penghargaan ini tidak boleh dilihat dari sudut anak seni semata-mata memandangkan ada bidang lain juga diberi perhatian kerana saya sentiasa melibatkan diri dalam kerja amal,” katanya kepada pemberita di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Beliau adalah antara 155 individu penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Afdlin melihat penganugerahan berkenaan diiringi dengan tanggungjawab yang cukup besar supaya kemuliaan gelaran tersebut terpelihara.
Sementaraitu, mengulas kenyataan sesetengah pihak yang memperkecilkan penganugerahan gelaran itu kepada anak seni, beliau menyifatkan ia adalah pendapat dan pendirian masing-masing.
“Saya rasa mereka yang memilih mempunyai sebab tertentu dalam pemilihan siapa yang hendak dianugerahkan darjah atau pingat.
“Saya lihat gelaran ini sebagai pendorong untuk meningkatkan kerja amal, saya pun hanya dimaklumkan minggu lalu,” katanya.
>Sementara itu, pengasas dan pemilik D'Herbs Holding Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang dikurniakan dengan membawa gelaran Datuk Seri kepadanya adalah pencapaian yang tidak disangka-sangka.
“Ia menjadi kenangan manis buat saya dan isteri. Dalam usia 30 tahun, saya berharap anugerah ini menjadikan saya sekeluarga lebih murah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan