KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak tiga tahun merupakan antara 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia yang ditahan dalam operasi bersepadu di enam lokasi sekitar Kota Kinabalu, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kesemua PATI itu yang berusia antara tiga dan 50 tahun adalah sebahagian daripada 52 warga asing yang diperiksa dalam operasi sembilan jam yang bermula sejak 1 pagi. Operasi itu melibatkan rumah setinggan Lobou Tobobon, Manggatal, Suang Parai, rumah kongsi pembinaan Ecopark, Lembaga Padi serta rumah kongsi berhampiran Koperasi Pembangunan Desa Likas.
Seramai enam pegawai serta 74 anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa seperti Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlibat dalam operasi tersebut. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan