Fezlan Blogger


Back to Top

Isnin, 15 Mei 2017

Sebuah mahkota kurun ke-19 yang bertatahkan hampir 1,800 butir permata dan bernilai kira-kira sejuta euro (RM4.74 juta) dicuri

  fezlan        Isnin, 15 Mei 2017   
 
Sebuah mahkota kurun ke-19 yang bertatahkan hampir 1,800 butir permata dan bernilai kira-kira sejuta euro (RM4.74 juta) dicuri  | LYON – Sebuah mahkota kurun ke-19 yang bertatahkan hampir 1,800 butir permata dan bernilai kira-kira sejuta euro (RM4.74 juta) dicuri daripada sebuah muzium seni keagamaan di tengah Perancis, kata pihak berkuasa muzium.

Muzium Fourviere dalam satu kenyataan berkata, beberapa pencuri memecah masuk muzium itu di bandar Lyon, malam Jumaat lalu dan berjaya menembusi ‘sistem keselamatan canggih’ bangunan itu.

Mereka melarikan koleksi utama, Crown of the Virgin yang dihasilkan pada 1899 dengan 1,791 batu berharga dan mutiara yang dihadiah oleh beberapa keluarga kaya di Lyon, ketika itu.

Perompak terbabit turut melarikan dua lagi koleksi berharga muzium itu iaitu sebentuk cincin dan sebuah piala. – AFP/BH ONLINE
logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Sebuah mahkota kurun ke-19 yang bertatahkan hampir 1,800 butir permata dan bernilai kira-kira sejuta euro (RM4.74 juta) dicuri

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: