Fezlan Blogger


Back to Top

Selasa, 16 Mei 2017

Kenali Obor-Obor Portugues Man Of War

  fezlan        Selasa, 16 Mei 2017   


Dikenali sebagai Portuguese Man-Of-War


Kenali Obor-Obor Portugues Man Of War | Sekali pandang, objek yang kelihatan berwarna keungu-unguan ini kelihatan comel dan tidak berbahaya. Namun, sekiranya disentuh, hospital merupakan destinasi pertama anda selepas itu.

Dikenali sebagai Portuguese Man-Of-War. Ia tergolong dalam keluarga obor-obor yang mempunyai sesungut dan mempunyai sebanyak 30 kaki.

Sebenarnya, haiwan ini amat berbahaya sehingga boleh mengundang maut!

Ia lebih berbahaya daripada obor-obor.

Sudah banyak tanda-tanda amaran yang telah diletakkan di pantai untuk mengelakkan anda daripada memegang mahupun memijak haiwan ini.

Walaupun haiwan ini cantik, bersinar dan lembut, jika anda terkena sengatan Man-Of-War ini, ia boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan bintik-bintik merah, lumpuh dan akhir sekali menjurus kepada kematian.

Sekiranya anda telah disengat oleh haiwan ini, jangan buang air di kawasan pantai berkenaan kerana ia akan membuat keadaan anda lebih teruk.

Anda dinasihati supaya bergegas ke klinik atau dapatkan rawatan secepat mungkin sejurus terkena sengatan haiwan ini.

Maklumkan juga pada keluarga dan rakan sekiranya mereka melihat gelembung ungu mahupun biru terapung di perairan laut semasa mereka berada di pantai kerana ia adalah haiwan yang sama.

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Kenali Obor-Obor Portugues Man Of War

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: