Fezlan Blogger


Back to Top

Isnin, 8 Mei 2017

Janji Seorang Yang Mengakui Janda

  fezlan        Isnin, 8 Mei 2017   


Janji Seorang Yang Mengakui Janda
Janji Seorang Yang Mengakui Janda |Kuala Lumpur: Mengaku sebagai janda dan berjanji mahu mengikat tali pertunangan. Itu antara ayat manis ditaburkan seorang lelaki bagi memerangkap mangsanya dengan menyamar sebagai wanita melalui dua akaun palsu di Facebook.

Bagaimanapun kegiatan suspek berusia 23 tahun dan berasal dari Kampung Belakang Pendang, Kedah, itu terbongkar apabila ditahan seorang mangsa yang mengetahui helahnya.
Malah kisah pembohongan lelaki itu turut menjadi tular di laman sosial selepas rakaman video serta bukti transaksi pemberian wang terhadapnya didedahkan melalui status dimuat naik seorang wanita sejak kelmarin.

Menurut maklumat dilaporkan, lelaki itu dipercayai menipu beberapa mangsa membabitkan lelaki tempatan dan warga Indonesia dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM17,000.
Sumber berkata, suspek aktif menipu menggunakan dua akaun palsu di Facebook dengan nama ‘Chinta Chanduri’ dan ‘Syarifah Syakilla’.-Harian Metro

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

logoblog
loading...
loading...

Thanks for reading Janji Seorang Yang Mengakui Janda

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan: